Khamis, 5 Jun 2008

Apa Itu Cinta?

Cinta datang kepada mereka yang masih mempercayai,
walaupun kerap dikhianati...


Cinta hadir kepada mereka yang masih mempunyai harapan,
Waupun's sering dikecewakan...


Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai dan dicintai, walaupun berulang kali disakiti...

Dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan,janganlah berputus asa...



Bagaimana kita mendifinisikan cinta?
Pernah tak kita memikirkan apa erti sebenar cinta?
Cinta suci...cinta sejati...cinta abadi...


Khamis, 29 Mei 2008

anwar lagi...

lama sudah saya tidak mengunjungi blog DSAI, so saya beranggapan mesti banyak cerita-cerita hangat di dalamnya...

rentetan peristiwa :
  • pulau batu putih...
Permasalahan yang bukan baru lagi, setelah bertahun-tahun diperdebatkan, akhirnya berpihak pada Singapura juga. Bukti yang mereka tampilkan lebih menarik minat hakim-hakim yang mengadili. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian saya di dalam blog beliau, yang membuat saya tertarik adalah kenyataan beliau yang tetap nak menyalahkan pasukan Malaysia (ala-ala kejohanan bola sepak) iaitu merujuk kepada Kerajaan UMNO-BN. Sudah-sudah la tu menyalahkan orang lain, desas desus menagatakan beliau guru asia, tak kan perkara sebegitu pun nak kena cakap. Subhanallah

  • gayu guru gerai nyamai...
Perjalanan yang sungguh jauh, dari satu tempat ke satu tempat menyebarkan perjuangannya yang dianggap suci dan betul. Habis semua tempat di Sarawak di lawatinya. Dapatlah juga saya menyelami kepenatan beliau berjuang untuk rakyat, di dalam hati saya terdetik 'ish...ish...besar pengorbanan dia'...tetapi bila saya teringat manifesto pilihanraya dari PKR yang baru ini, terus akal saya merasionalkan kembali, 'tak abis-abis lagi ke nak menipu,c cukup-cukup la. Laksanakan dulu apa yang dijanjikan di 5 negeri tu, baru fikir negeri lain'. Di Selangor, seorang pemuda membuat laporan polis kerana kerajaan negeri tidak melaksanakan manifesto mereka. Masa orang lain memerintah dulu, duk asyik tak puas hati, sekarang dah jadi kerajaan, rasakan lah sendiri. Ini baru negeri, belum dapat negara, tah apa jadi dengan negara kalau mereka yang mentadbir. Sama-samalah kita fikirkan.

  • siasatan peguam negara...
Hot...hot...cerita ini memang 'hot', saya pun masih tertanya-tanya akan kesudahannya. Cuma yang bermain dibenak fikiran saya adalah, kenapa baru sekarang diketengahkan? Siapa sebenarnya dalang yang cuba membuat jerangkap samar ini? Dan siapa pula yang cuba diperangkap?...jauh disudut hati saya, kebenaran pasti akan muncul. Di dalam blog beliau ini, sekali lagi beliau mempertikaikan keputusan orang yang lebih arif dibidang kehakiman. Kalau nak sangat bercakap, mengapa dulu tidak ambil jurusan 'LAW', baru la orang boleh dengar apa yang anda nak cakap. Jika dicampur adukkan kenangan silam dan masalah sekarang, begini lah jadinya. Biarlah yang arif membuat kerja mereka.


Ehm...sedih la tengok pemimpin macam ini. Bak pepatah melayu, 'bagai anjing dengan bayang-bayangnya', yang dah dapat ini tak terjaga, tamak pula nak tambah yang lain. Subhanallah.


wa la talbisu al-haqqa bi al-datil wa taktumu al-haqqa wa antum ta'lamun...
(Dan jangan campur-adukkan kebenaran dengan kebathilan, dan kalian tutupi kebenaran sedang kalian mengetahui)
Firman Allah

Jumaat, 23 Mei 2008

hiruk piruk dunia hiburan...


Hujan...hujan...'ku sangka panas sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari'...cerita panas pasal band baru yang di gelar 'hujan' minta bayaran dari astro. Entah la, persoalannya patut ke diorang minta bayaran?astro nk promote lagu diorang, astro yang kene bayar. Pelik bin ajaib ni. (berita selanjutnya).


Agak mengecewakan bila berita sebegini dihebahkan tetapi itulah kenyataan. 'Melayu yang mudah lupa'- itulah perumpamaan yang paling tepat. Bila nama 'up' skit hilangan pegangan diri, dan disitulah bermulanya episod mengejar kekayaan dunia. Perjuangan yang lama telah ditinggalkan. Perjuangan yang lama telah dilupakan. Penjuangan yang lama kini hanya menjadi omong kosong...

So harap, band-band lain ambil iktibar dari cerita ini....

Selasa, 20 Mei 2008

tragedi Mei...

OUT OF UMNO, AGAIN: At Alor Star while giving a talk in a forum today, Tun Dr Mahathir Mohamad announced that he was quitting the party with immediate effect, sending wide reverberations throughout the party and country, with many Umno leaders and members shocked by his action. This is the second time he is out of the Umno, the first was in 1969 when he was sacked for dissenting against Tunku Abdul Rahman. Will there be a third act for Dr Mahathir?
(berita selanjutnya)

....UMNO oh UMNO...
Persoalannya :

Apa sudah jadi?adakah perlu che det keluar dari UMNO?adakah ini keputusan yang betul atau hanya mengikut tradisi yang lepas-lepas?


Jika kita imbas kembali sejarah UMNO, 2 ex-PM terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Kenapa agaknya situasi ini berlaku?nampak gayanya ada hidden agenda yang cuba disampaikan. Pada aspek positif yang boleh diambil, kemungkinan besar pengunduran tersebut adalah ingin memberi laluan kepada golongan muda (pemuda) untuk meneraju pucuk pimpinan UMNO. Sudah sampai masanya yang LAMA rehat dan yang MUDA mengabil alih tanggungjawab tersebut. Bagi lah peluang pada muka baru untuk menabur baktinya pada Alif Ba dan Ta.

Jika dilihat dari segi negatifnya pula, UMNO semakin goyah. Bak pepatah melayu 'bagai telur dihujung tanduk'...atau 'retak menanti belah'...perbalahan antara dua kuasa besar di dalam UMNO, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan pengikut yang setia. Hangat sungguh...hangat sungguh...Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang diperhatikan? Mata-mata liar dari puak lain memerhati dan bertepuk tangan mendengar berita begini. Jika begini lah keadaannya, hajat DSAI untuk meneraju negara memang tersangatlah boleh tercapai. Dan saat itulah bermulanya kehancuran pada negara akan terjadi.

Jika dilihat untuk masa depan yang gemilang, lain pulak masalahnya. Secara jelas dan nyata, pasti berlaku perebutan kuasa. Subhanallah. Minta di jauhkan. Biarlah jawatan dan tanggungjawab itu diberikan pada orang yang benar-benar berkebolehan dan berkemampuan. Dan semoga apa yang Che det buat ini ada hikmah yang baik untuk semua.

Isnin, 19 Mei 2008

kisah benar

Apa perasaan anda bila anda membaca penulisan ini?adakah mereka telah diajar bercakap begini sejak mereka kecil lagi...sama-sama lah kita renung-renungkan...




Agama Islam memberikan banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula di pandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah agama Islam dipupuk. Penganut agama Islam mengenal sistem tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dari lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti zina, riba, judi dan sebagainya tidakdilakukan lagi kerana mereka malu adanya iang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. "In English, they are too shy to do that stuff in the light. Scared people see ma. Stupid..."
(sila klik pada gambar untuk hasil yang lebih jelas)...

Pada pandangan saya, inilah realiti kehidupan manusia sekarang...apa yang dituliskan dalam penulisan tersebut sepatutnya menyedarkan orang Islam bahawa pandangan orang bukan Islam terhadap Islam telah meleset. Siapa yang patut dipersalahkan?kebanyakkan orang sekarang ini, hanyut dalam pemainan yahudi, ideologi yahudi, semua asyik fikir tentang duit, duit yang sentiasa tidak mencukupi, masa yang sibuk sehingga tiada masa untuk mencari dan beribadah dan lain pula yang sibuk melayan nafsu serakah. Usah dimarah pada budak yang menulis, dia hanya menyampaikan apa yang diilhamkan tetapi kita perlu amik iktibar dari apa yang berlaku...

Ahad, 18 Mei 2008

rezeki...

rezeki...apa dia rezeki?
Kalau kita tengok orang dapat keputusan yang baik, kita cakap "dah rezeki dia nak buat macam mana"...
Padahal dalam hati berasap-asap...haha

Kalau kita tengok orang menang cabutan bertuah RM 1 juta, kita cakap "untungnya dia, murah rezeki, jadi bakal suami pun OK gak ni"...
Ciss...orang tu dah kaya baru nak pandang...

Walau bagaimana respon kita, rezeki adalah pemberian Allah.

Semestinya bila ditanya pada umum, pada zahirnya rezeki ialah pada makanan, wang ringgit (gaji bulanan selepas penat kerja seharian hingga tiada masa lapang), hadiah dan macam-macam lagi...Semua itu memang tidak di sangkal tetapi pernah tak kita terpikir tentang rezeki yang selain dari itu, yang sebenar-benarnya lebih penting dari makanan yang kita makan, yang sebenar-benarnya lebih penting dari pakaian branded yang kita pakai, dan yang sebenar-benarnya lebih penting dari wang ringgit...

Cuba kita fikir kembali apa rezeki lain yang Allah beri kepada kita;

1. Hati yang tenang

Kenapa agaknya 'hati yang tenang' ini di letakkan di tempat yang pertama? Untuk memudahkan proses pemahaman mari kita jadikan diri sendiri sebagai bahan ujian, bagaimana agaknya kita rasa jika Allah tidak beri nikmat ketenangan ini...Bolehkah kita buat kerja dengan baik? Bolehkah kita beramal dengan khusyuk? Bolehkah kita menjalani kehidupan seharian dengan gembira?...Anda jawab lah sendiri...

2. Masa yang lapang

Allah tidak terikat dengan masa, tapi kita sebagai hamba yang tiada kuasa sentiasa terikat dengan masa. Bak kata pepatah melayu 'masa itu emas'. Bagi mereka yang sering sibuk, bila ditanya, adakah mereka cukup masa, pasti jawapannya 'tidak'. Mengapa tidak cukup? Bila yang cukup? Sepatutnya gunakanlah masa hidup anda untuk mencari kebenaran, bukan mengejar dunia semata-mata kerana ini semua adalah IDEOLOGI yahudi untuk menyesatkan UMAT ISLAM...subhanallah...

3. Tubuh yang sihat

Kalau duit banyak tapi tubuh tidak sihat apalah gunanya, mati kelak tinggal semua harta di dunia. Lain pula jika tiada duit, tetapi kita mempunyai tubuh yang sihat. Macam-macam kita boleh lakukan, mencari ilmu, melakukan ibadah dan lain-lain. Nikmat tubuh yang sihat ini kebiasanya kita hanya akan perasan bila kita ditimpa kecelakaan, kemalangan atau musibah. Ketika itu barulah sedar dan insaf...

4. Isteri/Suami yang solehah/soleh atau keluarga yang baik

Ini juga merupakan rezeki yang terbesar Allah kurniakan untuk kita, cuma persoalannya adakah kita sedar atau hanya menganggap ianya sebagai suatu perkara yang remeh. Dalam institusi keluarga, Rasulullah berkata pada para sahabat 'taatlah pada Ibu mu' sebanyak 3 kali dan kemudian barulah di sebut 'taatlah pada Bapa mu'. Ini secara tidak lansung, menunjukkan bahawa masing-masing mempunyai peranan, ibu,bapa dan anak, merupakan 3 karektor penting dalam membentuk kelurga yang baik. Begitu juga dengan peranan suami dan isteri.

5. Makanan yang dimakan, pakaian yang dipakai dan lain-lain lagi

Dan yang terakhir barulah merujuk pada makanan, kebendaan, harta, wang ringgit dan lain-lain lagi. Apa yang selama ini orang perkatakan tentang rezeki, rupa-rupanya terletak pada turutan yang terakhir. Rasanya tidak perlu diulas panjang kerana masing-masing telah tahu tentang rezeki yang terakhir ini.




renungan:
Ya Allah, sesungguhnya manusia sering lalai dan mudah lupa. Beringat lah wahai teman-temanku sekalian sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.

Isnin, 12 Mei 2008

Ibu...oh...ibu

Malam ini ku tidur tidak lena, wajah IBU melayang-layang di benak fikiran ku...

'Selagi kedua ibu bapa kita masih hidup ni, buatlah sehabis baik untuk mereka, balas lah segala jasa mereka, curahkan lah segala kasih sayang yang ada. Jangan nanti bila dah tiada barulah nak menyesal'.

ya Allah, ampun ni lah dosa ku. Airmataku menitis tanpa aku sedari. Aku tersedar dari lamunan, itulah peringatan dari seorang sahabat baikku. Mata ku kembali berkaca, badan ku menjadi lemah, hati ku menjadi sebak bila ku terfikir tentang segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa ku.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka ketawa. Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka gembira. Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka ceria. Malahan jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka hidup senang.

Tapi apakan dayaku, aku hanyalah HAMBA yang lemah, tiada kuasa, tiada segalanya.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Kemaafan yang tidak terhingga, kerana aku belum dapat membalas jasa mu. Kemaafan yang tidak terhingga, kerana aku tidak dapat merealisasikan cita-cita mu. Kemaafan yang tidak terhingga, kerana kesalahan dan kesilapan ku terhadap mu.

Ya Allah, bantulah HAMBA mu ini...

Dikala ini, tiada apa yang aku mampu fikirkan selain berusaha untuk mengambil hati mereka. Berusaha membuat mereka gembira dengan cara ku sendiri. Aku harus positif kan pemikiran ku. Walaupun mungkin pemberian ku tidak setanding adik beradik ku yang lain, namun aku harus yakin bahawa ini semua adalah ujian dari Nya.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Ku iringkan sekali dengan ucapan 'Selamat Hari Ibu'. Semoga Allah pelihara mu seperti mana orang-orang yang beriman dipelihara...Amin...