Ahad, 18 Mei 2008

rezeki...

rezeki...apa dia rezeki?
Kalau kita tengok orang dapat keputusan yang baik, kita cakap "dah rezeki dia nak buat macam mana"...
Padahal dalam hati berasap-asap...haha

Kalau kita tengok orang menang cabutan bertuah RM 1 juta, kita cakap "untungnya dia, murah rezeki, jadi bakal suami pun OK gak ni"...
Ciss...orang tu dah kaya baru nak pandang...

Walau bagaimana respon kita, rezeki adalah pemberian Allah.

Semestinya bila ditanya pada umum, pada zahirnya rezeki ialah pada makanan, wang ringgit (gaji bulanan selepas penat kerja seharian hingga tiada masa lapang), hadiah dan macam-macam lagi...Semua itu memang tidak di sangkal tetapi pernah tak kita terpikir tentang rezeki yang selain dari itu, yang sebenar-benarnya lebih penting dari makanan yang kita makan, yang sebenar-benarnya lebih penting dari pakaian branded yang kita pakai, dan yang sebenar-benarnya lebih penting dari wang ringgit...

Cuba kita fikir kembali apa rezeki lain yang Allah beri kepada kita;

1. Hati yang tenang

Kenapa agaknya 'hati yang tenang' ini di letakkan di tempat yang pertama? Untuk memudahkan proses pemahaman mari kita jadikan diri sendiri sebagai bahan ujian, bagaimana agaknya kita rasa jika Allah tidak beri nikmat ketenangan ini...Bolehkah kita buat kerja dengan baik? Bolehkah kita beramal dengan khusyuk? Bolehkah kita menjalani kehidupan seharian dengan gembira?...Anda jawab lah sendiri...

2. Masa yang lapang

Allah tidak terikat dengan masa, tapi kita sebagai hamba yang tiada kuasa sentiasa terikat dengan masa. Bak kata pepatah melayu 'masa itu emas'. Bagi mereka yang sering sibuk, bila ditanya, adakah mereka cukup masa, pasti jawapannya 'tidak'. Mengapa tidak cukup? Bila yang cukup? Sepatutnya gunakanlah masa hidup anda untuk mencari kebenaran, bukan mengejar dunia semata-mata kerana ini semua adalah IDEOLOGI yahudi untuk menyesatkan UMAT ISLAM...subhanallah...

3. Tubuh yang sihat

Kalau duit banyak tapi tubuh tidak sihat apalah gunanya, mati kelak tinggal semua harta di dunia. Lain pula jika tiada duit, tetapi kita mempunyai tubuh yang sihat. Macam-macam kita boleh lakukan, mencari ilmu, melakukan ibadah dan lain-lain. Nikmat tubuh yang sihat ini kebiasanya kita hanya akan perasan bila kita ditimpa kecelakaan, kemalangan atau musibah. Ketika itu barulah sedar dan insaf...

4. Isteri/Suami yang solehah/soleh atau keluarga yang baik

Ini juga merupakan rezeki yang terbesar Allah kurniakan untuk kita, cuma persoalannya adakah kita sedar atau hanya menganggap ianya sebagai suatu perkara yang remeh. Dalam institusi keluarga, Rasulullah berkata pada para sahabat 'taatlah pada Ibu mu' sebanyak 3 kali dan kemudian barulah di sebut 'taatlah pada Bapa mu'. Ini secara tidak lansung, menunjukkan bahawa masing-masing mempunyai peranan, ibu,bapa dan anak, merupakan 3 karektor penting dalam membentuk kelurga yang baik. Begitu juga dengan peranan suami dan isteri.

5. Makanan yang dimakan, pakaian yang dipakai dan lain-lain lagi

Dan yang terakhir barulah merujuk pada makanan, kebendaan, harta, wang ringgit dan lain-lain lagi. Apa yang selama ini orang perkatakan tentang rezeki, rupa-rupanya terletak pada turutan yang terakhir. Rasanya tidak perlu diulas panjang kerana masing-masing telah tahu tentang rezeki yang terakhir ini.




renungan:
Ya Allah, sesungguhnya manusia sering lalai dan mudah lupa. Beringat lah wahai teman-temanku sekalian sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, akhirat jua yang kekal abadi.

1 ulasan:

Skullsplitter berkata...

R - Rezeki (Sesuatu yang dikurniakan oleh Allah untuk keperluan rohani & jasmani)
E - Estetik (Penghargaan terhadap keindahan)
Z - Zahid (Soleh hidupnya dan tidak dikuasai kemewahan dan keseronokan dunia)
E - Ekonomis (Tidak Boros)
K - Karim (Murah Hati)
I - Ikhtiar (Pertimbangan)