Selasa, 20 Mei 2008

tragedi Mei...

OUT OF UMNO, AGAIN: At Alor Star while giving a talk in a forum today, Tun Dr Mahathir Mohamad announced that he was quitting the party with immediate effect, sending wide reverberations throughout the party and country, with many Umno leaders and members shocked by his action. This is the second time he is out of the Umno, the first was in 1969 when he was sacked for dissenting against Tunku Abdul Rahman. Will there be a third act for Dr Mahathir?
(berita selanjutnya)

....UMNO oh UMNO...
Persoalannya :

Apa sudah jadi?adakah perlu che det keluar dari UMNO?adakah ini keputusan yang betul atau hanya mengikut tradisi yang lepas-lepas?


Jika kita imbas kembali sejarah UMNO, 2 ex-PM terdahulu juga melakukan perkara yang sama. Kenapa agaknya situasi ini berlaku?nampak gayanya ada hidden agenda yang cuba disampaikan. Pada aspek positif yang boleh diambil, kemungkinan besar pengunduran tersebut adalah ingin memberi laluan kepada golongan muda (pemuda) untuk meneraju pucuk pimpinan UMNO. Sudah sampai masanya yang LAMA rehat dan yang MUDA mengabil alih tanggungjawab tersebut. Bagi lah peluang pada muka baru untuk menabur baktinya pada Alif Ba dan Ta.

Jika dilihat dari segi negatifnya pula, UMNO semakin goyah. Bak pepatah melayu 'bagai telur dihujung tanduk'...atau 'retak menanti belah'...perbalahan antara dua kuasa besar di dalam UMNO, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri dan pengikut yang setia. Hangat sungguh...hangat sungguh...Tidakkah mereka sedar bahawa mereka sedang diperhatikan? Mata-mata liar dari puak lain memerhati dan bertepuk tangan mendengar berita begini. Jika begini lah keadaannya, hajat DSAI untuk meneraju negara memang tersangatlah boleh tercapai. Dan saat itulah bermulanya kehancuran pada negara akan terjadi.

Jika dilihat untuk masa depan yang gemilang, lain pulak masalahnya. Secara jelas dan nyata, pasti berlaku perebutan kuasa. Subhanallah. Minta di jauhkan. Biarlah jawatan dan tanggungjawab itu diberikan pada orang yang benar-benar berkebolehan dan berkemampuan. Dan semoga apa yang Che det buat ini ada hikmah yang baik untuk semua.

2 ulasan:

Skullsplitter berkata...

Rutin org melayu kita.. Beginilah.. Bila biasa dengan wang dan harta melimpah ruah didepan mata, bila kuasa dirasakan tuhan mereka.. Semuanya dianggap dapat diperolehi dengan mudah.. Bodoh & Sombong mulalah menguasai.. Bila org mengkritik dianggap menentang.. Nah! 'ambik ko!' bak kata org-org muda.. Satu tamparan hebat buat kepimpinan.. Jadikanlah ia teladan buat semua bahawa diri kita tidak selalu diatas & tidak selalu dipuja.. Suatu hari nanti.. Jatuh jua kita..

Nizam Gtz berkata...

Semakin hari, semakin hilang...
Cuma yang tinggal,
Tawa dalam tangisan...