Selasa, 6 Mei 2008

aku PEMIMPIN, engkau sape?


mawar merah...

Hari masih gelap, band rock 'ayam brutal' telah menyumbangkan lagu yang kurang enak di dengar, nak tak nak terpaksa juga Dollah bangun. Di bukakan sedikit matanya untuk melihat jam yang berada di dinding.

" Cilaka ayam pak jibon ni, baru pukul 6 ko dah berkokok. Ni yang aku tension ni "
sempat Dollah menyumpah seranah dalam hatinya pada ayam tersebut...

Terdetik di hatinya untuk tidur semula. Tetapi belum sempat dia menutup mata, kedengaran suara yang sayup-sayup dari dapur.
" Dollah bangun...Dollah bangun "
" Dah masuk subuh dah, nanti abah balik tengok Dollah tido lagi, mengamuk plak orang tua tu " kata ibunya...

Dengan perasaan sejuta kemalasan, Dollah gagahkan jua. Dikerah segala kudrat yang ada untuk membuka mata dan terus bangkit dari katil dan kemudian terus menuju ke tandas. Setelah selesai mandi dan solat subuh, Dollah bersiap untuk pergi ke sekolah.

Seperti kebiasaan, selepas menjamu juadah pagi, pak Ali (bapa Dollah) duduk di tangga rumah, menunggu Dollah bersiap sambil menghisap rokok Dunhill nya. Sekali sekala dia menjengokkan kepalanya ke dalam rumah dan menggesa Dollah untuk cepat.

Terdengar saja teriak dari pak Ali, Dollah pun bangkit dari meja makan walaupun sarapan paginya belum dihabiskan. Melihat gelagat Dollah, ibunya hanya mampu menggelingkan kepala sahaja. Belum sempat pak Ali menghabiskan ayatnya, Dollah telah berada di depannya. Mereka pun bergerak ke arah motosikal C70 kepunyaan pak Ali.

Di dalam benak fikiran Dollah, ada beberapa soalan yang ingin di tujukan kepada bapanya.
" Nak tanya ke tak ni? " soalan yang Dollah berikan pada diri sendiri.
" Kang tak pasal plak aku kene marah. " jawabnya sendiri...

Oleh kerana takut akan dimarahi, dibiarkan saja soalan itu bermain di kepalanya. Tetapi secara spontan, tingkah laku dia ibarat cacing kepanasan. Pak Ali tergelak lalu bertanya pada Dollah
" Apa benda yang engkau nak tanya? " pak Ali bersuara.
" Ehm...ehm...takda apa-apa lah. " jawab Dollah.

" Betul? " pak Ali curiga.
" Ada sebenarnya, tapi Dollah takut abah marah. " pengakuan ikhlas dari Dollah pada pak Ali.

" Apa yang ko takut?ko ada buat salah? " cebik pak Ali.
" Eh, tak la. Dollah cuma nak tanya pendapat abah tentang 'leadership' " dengan ceria Dollah meluahkan persoalannya.

" Wah anak abah nak jadi pemimpin ke?ehm...ok. Apa yang Dollah nak tahu? " tanya pak Ali.
" Macam ni, kemarin cikgu disiplin jumpa Dollah, dia nak Dollah jadi ketua pengawas. Tapi Dollah tak tahu nak terima atau tak. Dollah dah tanya pendapat beberapa orang kawan Dollah, dan Dollah masih tak dapat jawapannya. " penerangan Dollah pada abahnya.

" Soalan yang paling-paling pertama sekali harus Dollah tanya pada diri adalah ' apa niat Dollah nak jadi pemimpin? '. Adakah kerana nak kejar glamour?Adakah kerana nak orang tabik dan hormat pada kita?Atau ada hidden agenda yang menjadi keperluan Dollah?Kalau selagi niat Dollah terpesong jauh, lebih baik tolak. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin, kelak nanti akan dipersoalkan balik di Akhirat. " terang pak Ali.
" Di persoalkan di Akhirat?Dollah ingat senang je nak jadi pemimpin. " katanya sambil menunjukkan memek muka yang runsing.

" Abah tidak halang Dollah untuk jadi pemimpin cuma abah nak ingatkan yang tanggungjawab seorang pemimpin adalah sangat besar. Ada kisah dari Wali Allah yang boleh kita amik untuk dijadikan panduan iaitu cerita di mana Khalifah Harun Ar-rasyid meminta pendapat Fuzail tentang tawaran yang beliau terima untuk menjadi pemimpin umat ketika itu. Lalu Fuzail berkata ' jika engkau ingin terlepas dari hukuman Allah di Akhirat nanti, pandanglah setiap muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu, pandanglah setiap muslim yang remaja sebagai saudaramu, setiap muslim yang masih kanak-kanak sebagai anakmu sendiri, dan perlakukan lah mereka seperti mana seorang merperlakukan ayahnya, saudaranya dan anak-anaknya.' Dollah paham? "tanya pak Ali kepada anaknya.
" Maknanya, setiap layanan pemimpin pada rakyatnya akan persoalkan? "tanya Dollah.

" Iya, dan bukan setakat itu sahaja, Allah akan memeriksa adakah setiap hubungan dan perbuatan yang engkau lakukan itu dilakukan dengan adil. Dan keadaan ini diibaratkan seperti sekuntum mawar merah yang cantik dan indah tetapi berduri dan beracun." terang pak Ali.
" Dollah tak paham la abah, kenapa cantik dan indah tetapi berduri dan beracun?" Dollah meminta penjelasan dari ayahnya.

" Jika kita lihat sekumtum mawar merah yang sempurna, cantik dan indah, ianya sama seperti pangkat yang kita terima iaitu dihormati, dilayan dengan baik dan sebagainya. Tetapi jika dilihat dari segi tanggungjawabnya, cara pemerintahan yang adil dan sebagainya, ianya seperti duri dan racun di dalam daging. Hanya menunggu masa untuk membinasakan mangsanya. "kata pak Ali.
" Macam begitu sekali ke?takut la abah." rungut si Dollah.

" Anak ku, takut itu hanya untuk Allah. Setiap perkara ada cara nya, jika engkau lakukan dengan ikhlas kerana Allah dan diiringi kebijaksaan yang diberikan, insyaAllah selamat. Ehm...sampai dah kat sekolah, nanti balik abah cerita lagi." sambil mengucup dahi anaknya.
" Terima kasih abah, Dollah sangat gembira mendengar cerita abah tadi. Dollah akan jadikan ia sebagai panduan. Assalamualaikum abah." Dollah mengakhirkan perbualan dan berjalan menuju kearah sahabat-sahabatnya yang lain.


renungan...
" Kepimpinan akan menjadi sumber penyesalan pada hari kebangkitan nanti "

Tiada ulasan: