Isnin, 12 Mei 2008

Ibu...oh...ibu

Malam ini ku tidur tidak lena, wajah IBU melayang-layang di benak fikiran ku...

'Selagi kedua ibu bapa kita masih hidup ni, buatlah sehabis baik untuk mereka, balas lah segala jasa mereka, curahkan lah segala kasih sayang yang ada. Jangan nanti bila dah tiada barulah nak menyesal'.

ya Allah, ampun ni lah dosa ku. Airmataku menitis tanpa aku sedari. Aku tersedar dari lamunan, itulah peringatan dari seorang sahabat baikku. Mata ku kembali berkaca, badan ku menjadi lemah, hati ku menjadi sebak bila ku terfikir tentang segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa ku.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka ketawa. Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka gembira. Jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka ceria. Malahan jauh disudut hatiku, ingin saja membuat mereka hidup senang.

Tapi apakan dayaku, aku hanyalah HAMBA yang lemah, tiada kuasa, tiada segalanya.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Kemaafan yang tidak terhingga, kerana aku belum dapat membalas jasa mu. Kemaafan yang tidak terhingga, kerana aku tidak dapat merealisasikan cita-cita mu. Kemaafan yang tidak terhingga, kerana kesalahan dan kesilapan ku terhadap mu.

Ya Allah, bantulah HAMBA mu ini...

Dikala ini, tiada apa yang aku mampu fikirkan selain berusaha untuk mengambil hati mereka. Berusaha membuat mereka gembira dengan cara ku sendiri. Aku harus positif kan pemikiran ku. Walaupun mungkin pemberian ku tidak setanding adik beradik ku yang lain, namun aku harus yakin bahawa ini semua adalah ujian dari Nya.

Ibu...maafkan anak mu ini...
Ku iringkan sekali dengan ucapan 'Selamat Hari Ibu'. Semoga Allah pelihara mu seperti mana orang-orang yang beriman dipelihara...Amin...

2 ulasan:

Skullsplitter berkata...

Sebanyak mana pun kesalahan, sebanyak mana pun keingkaran , sebanyak mana pun penipuan, tiada dapat ianya tandingi sekelumit maaf dari ibubapa..

jiwakacau berkata...

terima ksih En skull...saya akan cuba fahami kata-kata En skull...